nak share salah 1 ayat quran yang memberi saya motivasi...
saat sy rasa, aku ada apa untukMu YA ALLAH?
Sesungguhnya Allah telah membeli
dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka
dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka
berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh
dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang
benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan
Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan
janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang
kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang
seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah 9:111)
(Mereka itu ialah):
orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang
mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk,
yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada
kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan
gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).
(At-Taubah 9:112)
alhamdulillah..
wallahualam..