Saturday, December 20, 2014

oh banjir!

Assalamu'alaikum!

Sekarang Q berada di SK Pengkalan Kubur 1, pusat pengumpulan mangsa banjir daerah pengkalan kubur. satu sekolah ni kapasiti mangsa banjir adalah 500 orang. Petang tadi semasa Q sampai, mangsa yang berada disini adalah mencecah 1000 orang.

 Sekarang sebahagian mangsa telah pun dipindahkan ke SK Geting dan SK Cabang 4, Tumpat dan khabarnya ada mangsa di  SK Pengkalan Kubur 2 seramai 500 orang.

 kenapa Q kat sini? Kami jadi sukarelawan!

Alamak! Dah pukul1.30!.

Tidur dulu. Esok kena bangun kul 5 pagi. Huhu...


Wednesday, December 17, 2014

hipokritkah aku??

Pernah tak anda berada dalam satu situasi dimana seseorang berkata pada anda yang anda hipokrit?

 Saya pernah, dalam banyak situasi. Contoh, bos saya baru-baru ini telah memberi satu kenyataan bahawa saya ini agak "control ayu" didepan lelaki. Lebih lagi kepada adik ipar beliau yang selalu berkunjung ke kedai. Kata beliau saya tidak seperti seorang lagi pekerjanya yang tak "control ayu" dan menjadi diri sendiri dan sama sahaja di depan sesiapa, lelaki mahupun perempuan.
 Saya terpaku seketika. Erkk...

 Kalau dengan cara saya yang kurang bercakap benda yang tidak penting dan bergurau senda dengan lelaki itu dianggap "control ayu", hipokrit, saya tiada madalah. Kenapa? Sebab saya tak nak hipokrit dalam prinsip saya ber'Tuhan'.

 Bagi saya Allah telah gariskan, perhubungan antara lelaki dan perempuan ada batasnya. Walaupun lelaki dan perempuan itu ipar duai mahupun sepupu, kerana mereka adalah ajnabi, lelaki yang asing. Oleh itu saya tidak mahu terlalu membebaskan diri saya hingga batas hubungan menjadi tidak terjaga.

 Orang lain mungkin menganggap itu satu tindakan yang hipokrit, tetapi daya tahu had dan kelemahan diri saya. Lebih elok berjaga-jaga dari tergoda! Tergoda dengan nafsu syaitan yang membara!

 Saya juga pelik melihat sesetengah manusia yang tidak mahu berubah menjadi lebih baik hari ini dari semalam. Alasan mereka aku tidak mahu menjadi hipokrit. Aku adalah aku.
 Akan tetapi lupakah mereka akan pemilik dan pencipta mereka. Adakah kamu tidak merasa lebih pelik hipokrit dihadapan Tuhan dari makhluknya?? Kenapa aku berkata kamu hipokrit dengan Tuhan? Sebabnya kamu mengaku menjadi hambaNya tetapi suruhannya kamu ingkari!


Astaghfirullahal'azim,Astaghfirullahal'azim,Astaghfirullahal'azim...
Allahu Ya Ghafur ampunilah kami...

Wednesday, June 25, 2014

punca jerawat?

1 dan 2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu. 

4,5 dan 7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam

6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9 dan 10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11 dan 12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.
___________________________________________________
aku jumpa ni kat dalam satu laman web, sumbernya taklah berapa jelas. 
tapi kan, aku selalu dapat jerawat pada area muka 11,12,13..
so, kalau mengikut pandangan di atas aku ada masalah hormon dan usus. Usus tu mungkin betul sebab aku memang kadang-kadang ada masalah untuk cerna makanan. 
tapi bila aku tengok, memang aku ni kena minum banyak air dan serat. 
dulu bila aku join 10L water a day , kulit aku memang cantik, serius. sekarang memang kurang minum air. 
dan hey, aku baru habis baca buku mengenai Supplements dan Multivitamin. aku tak ingat tajuk buku, buku tu dalam bahasa inggeris, buku tu kakak aku punya, aku baca masa aku kat rumah dia.

Conclusion aku lepas baca buku tu adalah,
1) eggs, fish, dairy and fruits is important part in our daily diet as its contains most of proteins, mineral, needed by our body system.
2) meat can be taken like twice to thrice a week.
3) pregnant women and elderly people 0f 65 years old and above are recommanded to to take supplements or extra multivitamins as they need twice nutrients than normal bodies.
and others. 
hey, buku tu sangat menarik. i want to read it for the 2nd time to get more understanding. think have to wait for my sister come home or i go to her home.
_______________
ALLAH is Ya 'ALIM which means Maha mengetahui.
peace!
 

Nenek Penjual Tempoyak.



Assalamu'alaikum,
semalam, alhamdulillah sampai kuantan pukul 2 lebih tapi sebab tengah berfikir dan malas lagi ak naik bas sampai 2 kali (terminal sentral-kuantan, kuantan-gambang) aku pun duk la melepak kat surau terminal tu.
masa aku nak ke tandas, aku minta seorang makcik tua sebaya tok ayah untuk jaga beg aku kat surau, lepas aku keluar tandas, dia pula minta aku jaga barang dia sementara dia pergi mandi. katanya di belum mandi lagi hari ni, baru habis meniaga kat pasar (aku tak jelas sangat kat mana, rasanya nenek tu sebut Pekan).
Aku, menjadi diriku yang over ingin tahu, berbual la sikit dengan makcik tu, sebab aku pelik melihat dia seorang mengangkut barang ke hulu hilir, dah la bas dia pukul 10 malam (lambat lagi woo.. masa tu baru pukul 3-4 macam tu la..)
(perbualan ini adalah dalam loghat kelate sebenarnya, aku terjemah balik apa-apa yang aku ingat sikit2)

"mak cik nak ke mana?"
"Kelantan, Rantau Panjang. anak ni nak ke mana?"
"saya baru sampai, nak ambil barang, esok baru balik KB. mak cik sorang je ke? buat apa kat sini"
"ye, makcik datang meniaga kat pasar ......(ni sebab aku tak jelas)" sambi tunjuk kat plastik barang berdekatan.
"oh yeke? mak cik meniaga apa? kenapa tak meniaga kat kampung je?"
"makcik jual tempoyak, kalau kat Kota Bharu tempoyak tak laku, dah la kena jual murah je. kat kelantan tempoyak sekilo Rm4 , kat sini makcik boleh jual RM8 sekilo. sekejap je laku, makcik datang sini bawa 80 kilo tempoyak, dah habis dah." katanya sambil tersenyum, menampakkkan gusi yang giginya dah tanggal kesemuanya.
"serius dah habis?"
"ya." katanya dengan senyuman yang tidak lekang.

Lepas tu aku tanya cara buat tempoyak. Makcik tu cerita dengan semangat siap bagi tips lagi.. hehehe..(yang ni aku cerita lain kali kalau aku rajin.)

" makcik umur berapa ye? kenapa anak-anak makcik tak tolong makcik?"
" umur makcik dah 77 tahun. anak mak cik ada 7 orang, tapi tiada seorang pun yang sara makcik, jadi makcik pon meniagalah. makcik datang sini pun selepas 3 tahun. selalu meniaga kat kampung je."
" kampung makcik kat mana? Rantau Panjang?"
"kampung makcik kat Yala."
"Yala, Thailand?"
"Ya,makcik tinggal kat sempadan macam tulah."
"habis tu, makcik tinggal dengan siapa? anak-anak makcik semua kat mana?"
"makcik tinggal dengan cucu perempuan. dia tinggal seorang la kat rumah sekarang ni. anak-anak makcik ada kat KB, Kuala Lumpur, Phuket. tapi mereka lebih kurang setahun sekali datang lawat makcik, masa mereka lawat tu, dihulur juga beberapa puluh ringgit. tapi mana cukup untuk makan setahun. anak makcik yang tinggal di KB makcik bagi tanah untuk mereka tinggal, tapi mereka tak pernah hulur duit daripada rm100 setahun kat makcik." katanya dengan sedih.

Aku rasa tak percaya masa ni. anak- anak dia memang tak patut. Ayah aku, walaupun dah bersara, masih lagi hulur duit bulan2 kat nenek aku, malah, masa nenek aku berkeras nak robohkan rumah lama dia dan buat rumah baru, ayah aku yang tangggung semua tu. sampai habis duit simpanan dia.

"cucu makcik yang tinggal dengan makcik kat mana? kenapa dia tak ikut makcik datang?"
 "dia ikut kawan dia meniaga, kalau tak makcik dah ajak dia sekali. dia tu baru umur 14 tahun, tapi tak nak belajar, puas dah makcik hantar dia ke sekolah siam, pondok, semua dia tak nak."
"mak ayah dia kat mana makcik?"
"mak dia kat Phuket. Mak dia tu merajuk dengan makcik, dah tak nak pedulikan makcik."

banyak lagi perbualan kami sebelum sahabat aku call untuk mengatakan dia telah sampai, makcik ni pelihara 2 cucu, seorang lagi cucu dia sekarang tinggal kat KL, berkahwin dengan orang Nepal.  Makcik ni juga datang Kuantan untuk kutip hutang, tapi yang di bagi hutang cuma bayar sikit je kat dia(dia dapat RM70 dari beratus ringgit yang dia datang untuk kutip).

anyway, point yang aku nak tunjuk kat sini adalah:
1) seorang ibu boleh besarkan 7 orang anak, tapi 7 orang anak nak bagi makan mak bulan-bulan pun tak mahu.
2) orang-orang tua survival skill sangat tingggi, boleh naik bas bawa berkilo-kilo tempoyak dalam usia 77 tahun!(tempoyak makcik tu bleh tahan sampai 3-4 tahun okay. dia buat dalam botol.) kita ni bawa barang banyak sikit merungut. Lagi2 kalau naik bas, kalau boleh nak orang hantar dan jemput.
3)banyak pengalaman yang boleh dikutip dari orang tua ni. ambil untuk insafi diri. kemana kita nanti, dimana kita sekarang.

aku cerita la pasal pertemuan aku dan makcik ni kat sahabat yang ambil aku dalam kereta. kesimpulan kawan aku senang je.

"itulah bezanya anak-anak yang punya agama dan yang tidak punya agama. jika agama sebati dalam diri, takkan sanggup dia biarkan ibu tua tinggal begitu tanpa nafkah."

Astaghfirullahal 'azim.
mok, ayoh, ampunkan ore. ore toksey jadi anok derhaka...
ya ALLAH ya Tuhanku, jadikanlah aku anak yang berbakti kepada kedua ibu bapaku, dan jadikanlah aku, penyejuk mata dan penenang hati mereka ..
Ampunkan aku Ya Rahman, Ya Rahim...



About Me

a full time muslim,daughter,student...

Followers

Total Pageviews