Pernah tak anda berada dalam satu situasi dimana seseorang berkata pada anda yang anda hipokrit?
Saya pernah, dalam banyak situasi. Contoh, bos saya baru-baru ini telah memberi satu kenyataan bahawa saya ini agak "control ayu" didepan lelaki. Lebih lagi kepada adik ipar beliau yang selalu berkunjung ke kedai. Kata beliau saya tidak seperti seorang lagi pekerjanya yang tak "control ayu" dan menjadi diri sendiri dan sama sahaja di depan sesiapa, lelaki mahupun perempuan.
Saya terpaku seketika. Erkk...
Kalau dengan cara saya yang kurang bercakap benda yang tidak penting dan bergurau senda dengan lelaki itu dianggap "control ayu", hipokrit, saya tiada madalah. Kenapa? Sebab saya tak nak hipokrit dalam prinsip saya ber'Tuhan'.
Bagi saya Allah telah gariskan, perhubungan antara lelaki dan perempuan ada batasnya. Walaupun lelaki dan perempuan itu ipar duai mahupun sepupu, kerana mereka adalah ajnabi, lelaki yang asing. Oleh itu saya tidak mahu terlalu membebaskan diri saya hingga batas hubungan menjadi tidak terjaga.
Orang lain mungkin menganggap itu satu tindakan yang hipokrit, tetapi daya tahu had dan kelemahan diri saya. Lebih elok berjaga-jaga dari tergoda! Tergoda dengan nafsu syaitan yang membara!
Saya juga pelik melihat sesetengah manusia yang tidak mahu berubah menjadi lebih baik hari ini dari semalam. Alasan mereka aku tidak mahu menjadi hipokrit. Aku adalah aku.
Akan tetapi lupakah mereka akan pemilik dan pencipta mereka. Adakah kamu tidak merasa lebih pelik hipokrit dihadapan Tuhan dari makhluknya?? Kenapa aku berkata kamu hipokrit dengan Tuhan? Sebabnya kamu mengaku menjadi hambaNya tetapi suruhannya kamu ingkari!
Astaghfirullahal'azim,Astaghfirullahal'azim,Astaghfirullahal'azim...
Allahu Ya Ghafur ampunilah kami...