ok, i've been keeping this 4 a long time...
i'm trying to finish it off, but as for now, still fail la..
so, here u go, my 1st cerpen, (no editing) in the laptop...
hope u enjoy it!
_________________________________________________________________________________
CATATAN SHUHAIZA (1)
Catatan shuhaiza, februari 2007
Ya Tuhan,kenapa Kau bawa dia pergi dariku?
Aku masih perlukan dia,
Yang bernafas senafas denganku.
Yang permulaan nadinya serentak denganku..
Kenapa Engkau tidak bawa aku sekali?
Aku perlukan dia,
Aku masih perlukan dia….
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Suasana di pusat
islam Dunedin meriah dengan suara kanak-kanak ketawa riang dan suara
wanita-wanita bersenda gurau, hari ini adalah hari terbuka wanita muslim
anjuran student association of new
Zealand atau singkatannya MUSA, yang julung-julung kalinya diadakan. Majlis
sudah hampir ke penghujungnya, pengarah program, merangkap ketua muslimat MUSA
, shahirah memberi kata-kata penutup.
‘’assalamu’alaikum warahmatullahi wa
barokatuh , thanks to all sister who’d
came to our little feast today, Alhamdulillah its really great to know all of
you, and meeting you all today is my greatest pleasure, I hope all you has a
very good day also, may ALLAH bless us, and also thanks for all the good food,
we love them!!’’
Kata-kata shahirah disambut dengan tepukan bergemuruh daripada
hadirin. Shahirah menarik nafas lega. Program yang telah dirancang berbulan
lamanya bersama sahabiah-sahabiah tercinta telah dilangsungkan dengan jayanya. Kelihatan
salah seorang muslimat di belakang memberi tanda bagus dengan kedua tangannya.
Senyuman si gadis yang mekar, meriangkan hati sesiapa saja yang meliahat.
Shahirah kenal gadis
itu, dia teringat pertemuan pertama antara dia dan gadis itu di masjid jamek jalan
india beberapa tahun dahulu saat dia pulang bercuti ke Malaysia. Tiada siapa
akan menyangka bahawa beberapa tahun dahulu, secebis snyuman pon amat sukar
dilihat diwajah gadis manis itu, gadis yang dia kenali melalui tangisannya yang
panjang dibahu shahirah,
Setelah program
tamat dan tetamu beransur pulang shahirah segera mendekati gadis tersebut.
‘’aiza, apa khabar?
Kenapa tak bagitau akak yang aiza dating? ‘’
‘’aiza saja nak bagi kejutan kat akak, mana mungkin aiza tak
datang, ni kan program terakhir kak sha sebelum kak sha graduate kan? Jadi
macam mana perasaan akak? Aiza tengok, sambutan oleh masyarakat islam setempat
amat menggalakkan.’’
‘’alhamdulillah, kak sha pun tak sangka aiza,ramai pula yang
hadir. Syukur sangat pada ALLAH atas
kelancaran program ini.’’
‘’assalamu’alaikum sisters, I’m sorry to interrupt you
conversation, I have something important to tell shahirah. But before that,
may know this beautiful young
lady?’’ kata Leila, gadis kelahiran
Dunedin yang berketurunan morocco tersebut.
‘’wa’alaikummussalam’’ jawab shahirah dan aiza hampir
serentak, perkara ini mengundang tawa senyap shahirah dan senyum manis aiza.
‘’oh, I’m sorry Leila, let me introduce you both, this is my
sister from Malaysia, her name is Shuhaiza Alfahroze,yau may call her Aiza, and
Aiza, this is Leila Junaid, my beloved assistant.’’
Selepas perkenalan ringkas tersebut Aiza
meminta diri untuk pulang dahulu memandangkan Shahirah dan juga ahli
jawatankuasa MUSA yang lain mempunyai mesyuarat.
……………………………………………………………………………….
Ya tuhan,
Mengapa rasa itu datang lagi,
Rasa ingin berpaling,
Berharap bahawa aku tidak tahu.
Semoga hati tenang.
Tapi aku tahu itu tidak mungkin.
Dan aku juga tahu,
Walaupun aku lari,
Hakikatnya takkan berubah walau sesaat.
Hakikatnya takkan berubah….
………………………………………………………………………….
Telefon Samsung S2
yang berada di meja Aiza mula mengalunkan iringan doa selawat menandakan ada
mesej yang masuk.
From: kak shahira
‘’assalam aiza, petang ni free x?’’
To:kak shahira
‘’wassalam, insya ALLAH.. kenapa kak?’’
From: kak shahira
‘’temankan akak ke Bandar,ada urusan. Akak perlukan teman’’
To: kak shahira
‘’ok, insya ALLAH Aiza temankan akak’’
___________________________________________________________________________________
to be continue...
inshaa ALLAH this coming semester i'll try to finish it off...
remember, this story is just my mere imagination....
maassalamah wa ilal liqo' :)