Wednesday, December 12, 2012

so.. maybe?

assalamu'alaikum...

ok, i've been keeping this 4 a long time...

i'm trying to finish it off, but as for now, still fail la..

so, here u go, my 1st cerpen, (no editing) in the laptop...

hope u enjoy it!

_________________________________________________________________________________

CATATAN SHUHAIZA (1)



Catatan shuhaiza, februari 2007
Ya Tuhan,kenapa Kau bawa dia pergi dariku?
Aku masih perlukan dia,
Yang bernafas senafas denganku.
Yang permulaan nadinya serentak denganku..
Kenapa Engkau tidak bawa aku sekali?
Aku perlukan dia,
Aku masih perlukan dia….
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 
image ihsan mr.google :)


Dunedin, September 2011
  Suasana di pusat islam Dunedin meriah dengan suara kanak-kanak ketawa riang dan suara wanita-wanita bersenda gurau, hari ini adalah hari terbuka wanita muslim anjuran  student association of new Zealand atau singkatannya MUSA, yang julung-julung kalinya diadakan. Majlis sudah hampir ke penghujungnya, pengarah program, merangkap ketua muslimat MUSA , shahirah memberi kata-kata penutup. 
           ‘’assalamu’alaikum warahmatullahi wa barokatuh   , thanks to all sister who’d came to our little feast today, Alhamdulillah its really great to know all of you, and meeting you all today is my greatest pleasure, I hope all you has a very good day also, may ALLAH bless us, and also thanks for all the good food, we love them!!’’
   Kata-kata shahirah  disambut dengan tepukan bergemuruh daripada hadirin. Shahirah menarik nafas lega. Program yang telah dirancang berbulan lamanya bersama sahabiah-sahabiah tercinta telah dilangsungkan dengan jayanya. Kelihatan salah seorang muslimat di belakang memberi tanda bagus dengan kedua tangannya. Senyuman si gadis yang mekar, meriangkan hati sesiapa saja yang meliahat.
  Shahirah kenal gadis itu, dia teringat pertemuan pertama antara dia dan gadis itu di masjid jamek jalan india beberapa tahun dahulu saat dia pulang bercuti ke Malaysia. Tiada siapa akan menyangka bahawa beberapa tahun dahulu, secebis snyuman pon amat sukar dilihat diwajah gadis manis itu, gadis yang dia kenali melalui tangisannya yang panjang dibahu shahirah,
  Setelah program tamat dan tetamu beransur pulang shahirah segera mendekati gadis tersebut.
 ‘’aiza, apa khabar? Kenapa tak bagitau akak yang aiza dating? ‘’
‘’aiza saja nak bagi kejutan kat akak, mana mungkin aiza tak datang, ni kan program terakhir kak sha sebelum kak sha graduate kan? Jadi macam mana perasaan akak? Aiza tengok, sambutan oleh masyarakat islam setempat amat menggalakkan.’’
‘’alhamdulillah, kak sha pun tak sangka aiza,ramai pula yang hadir. Syukur sangat pada ALLAH atas  kelancaran program ini.’’
‘’assalamu’alaikum sisters, I’m sorry to interrupt you conversation, I have something important to tell shahirah. But before that, may  know this beautiful young lady?’’  kata Leila, gadis kelahiran Dunedin yang berketurunan morocco tersebut.
‘’wa’alaikummussalam’’ jawab shahirah dan aiza hampir serentak, perkara ini mengundang tawa senyap shahirah dan senyum manis aiza.
‘’oh, I’m sorry Leila, let me introduce you both, this is my sister from Malaysia, her name is Shuhaiza Alfahroze,yau may call her Aiza, and Aiza, this is Leila Junaid, my beloved assistant.’’
  Selepas perkenalan ringkas tersebut Aiza meminta diri untuk pulang dahulu memandangkan Shahirah dan juga ahli jawatankuasa MUSA yang lain mempunyai mesyuarat.
……………………………………………………………………………….
Ya tuhan,
Mengapa rasa itu datang lagi,
Rasa ingin berpaling,
Berharap bahawa aku tidak tahu.
Semoga hati tenang.
Tapi aku tahu itu tidak mungkin.
Dan aku juga tahu,
Walaupun aku lari,
Hakikatnya takkan berubah walau sesaat.
Hakikatnya takkan berubah….
………………………………………………………………………….
 Telefon Samsung S2 yang berada di meja Aiza mula mengalunkan iringan doa selawat menandakan ada mesej yang masuk.
From: kak shahira
‘’assalam aiza, petang ni free x?’’
To:kak shahira
‘’wassalam, insya ALLAH.. kenapa kak?’’
From: kak shahira
‘’temankan akak ke Bandar,ada urusan. Akak perlukan teman’’
To: kak shahira
‘’ok, insya ALLAH Aiza temankan akak’’





___________________________________________________________________________________

to be continue... 

inshaa ALLAH this coming semester i'll try to finish it off...
remember, this story is just my mere imagination....

maassalamah wa ilal liqo' :)

No comments:

Post a Comment

About Me

a full time muslim,daughter,student...

Followers

Total Pageviews