Wednesday, June 12, 2013

wahai diri


TATAPAN UNTUK SENAMAN JIWA…BUAT DIRIKU DAN SAHABAT
WAHAI DIRIKU…MENGERTILAH

Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulatNya,
Merasa terpikul amanah ad-dean ini…
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintahNya.
            Diriku,
            Seringkali kau mencari  jalan
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhanNya
Agar sentiasa sedar akan keagunganNya
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan dan kesilapan
dirimu…?
Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu’mu kurang
Syukur dan redhamu tidak banyak dihadiahkan
padaNya
Terlalu banyak kurang dan salahmu…
Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyuk dan tenang
Muhasabahlah dirimu kala sunyi
Selamilah kalam-kalam Al-quran yang kau perjuangkan
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini
            Diriku,
            Pada nawafil dan amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang
dengan tuhanmu
Pada qiamullail di kebeningan malam
Bersama bisikan doa dan munajatmu
Diiringi esak airmata keinsafan dan keikhlasan
Kau akan temui kemanisan taqqarud di bawah
kebesaranNya
Di situ ada bekalnya..
Lazimilah awal harimu dengan Al-Ma’thurat
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebgai daie
Diriku,
Pada tawadhu’, pada ukhwah filah,  pada infaq fi sabililah,
Pada uzlah muhasah diri, pada zikir dan selawat
Ada ketenangan dan kekuatanmu
            Diriku,
            Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja
            Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati…
            Hati yang turut sama mati tidak mungkin
            menyembuhkan
            Hati yang sakit apatah lagi menghidupkan hati yang
            mati..
Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia
Kerana kedaulatan Tuhanmu
Namum rasailah kekerdilan dirimu
Di hadapan kudrat dan IradatNya…

PASAKKAN KENYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN

No comments:

Post a Comment

About Me

a full time muslim,daughter,student...

Followers

Total Pageviews