Thursday, November 7, 2013

MENJEJAK JUTAWAN SIRI1: RAHSIA SI JUTAWAN



Jutawan yang terkaya di zaman Rasulullah saw

Abdul Rahman Bin Auf memulakan kehidupannya sebagai seorang muhajirin yang hanya sehelai sepinggang setelah berhijrah ke Madinah. Beliau pernah ditawarkan dengan harta kekayaan dan juga seorang isteri oleh sahabat hartawan dari kalangan Ansar di Madinah.
Namun beliau telah menolaknya dan hanya mahu tahu jalan menuju ke pasar. Beliau memulakan bisnes sedikit demi sedikit sehingga berjaya memecahkan monopoli bisnes Yahudi dan beliau sendiri menjadi jutawan yang terkaya di Madinah. Nilai kekayaannya mencecah ratusan juta mengikut nilaian mata wang di Madinah pada ketika itu.
Dengan rasa rendah diri, beliau pernah berkata,

Sungguh, kulihat diriku, seandainya aku mengangkat batu, nescaya kutemukan di bawahnya emas dan perak.”

Perniagaan yang diberkati Allah

Jika ada yang bertanya tentang rahsia bisnesnya, Abdul Rahman bin Auf menjawab,
Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit tetapi diberkati oleh Allah.”

 Apakah rahsia yang lebih besar ?

Kejayaan hidupnya pada memberi (infaq) di jalan Allah. Untuk Perang Tabuk sahaja, Abdul Rahman Bin Auf r.hu telah menderma lebih daripada RM 25 juta mengikut nilaian kewangan semasa (melalui sumbangan 200 dinar, 500 ekor kuda dan 1500 ekor unta). Kekayaannya langsung tidak berkurangan bahkan Allah telah melipat-gandakan lagi harta kekayaannya.

No comments:

Post a Comment

About Me

a full time muslim,daughter,student...

Followers

Total Pageviews