Assalamu'alaikum,
semalam, alhamdulillah sampai kuantan pukul 2 lebih tapi sebab tengah berfikir dan malas lagi ak naik bas sampai 2 kali (terminal sentral-kuantan, kuantan-gambang) aku pun duk la melepak kat surau terminal tu.
masa aku nak ke tandas, aku minta seorang makcik tua sebaya tok ayah untuk jaga beg aku kat surau, lepas aku keluar tandas, dia pula minta aku jaga barang dia sementara dia pergi mandi. katanya di belum mandi lagi hari ni, baru habis meniaga kat pasar (aku tak jelas sangat kat mana, rasanya nenek tu sebut Pekan).
Aku, menjadi diriku yang over ingin tahu, berbual la sikit dengan makcik tu, sebab aku pelik melihat dia seorang mengangkut barang ke hulu hilir, dah la bas dia pukul 10 malam (lambat lagi woo.. masa tu baru pukul 3-4 macam tu la..)
(perbualan ini adalah dalam loghat kelate sebenarnya, aku terjemah balik apa-apa yang aku ingat sikit2)
"mak cik nak ke mana?"
"Kelantan, Rantau Panjang. anak ni nak ke mana?"
"saya baru sampai, nak ambil barang, esok baru balik KB. mak cik sorang je ke? buat apa kat sini"
"ye, makcik datang meniaga kat pasar ......(ni sebab aku tak jelas)" sambi tunjuk kat plastik barang berdekatan.
"oh yeke? mak cik meniaga apa? kenapa tak meniaga kat kampung je?"
"makcik jual tempoyak, kalau kat Kota Bharu tempoyak tak laku, dah la kena jual murah je. kat kelantan tempoyak sekilo Rm4 , kat sini makcik boleh jual RM8 sekilo. sekejap je laku, makcik datang sini bawa 80 kilo tempoyak, dah habis dah." katanya sambil tersenyum, menampakkkan gusi yang giginya dah tanggal kesemuanya.
"serius dah habis?"
"ya." katanya dengan senyuman yang tidak lekang.
Lepas tu aku tanya cara buat tempoyak. Makcik tu cerita dengan semangat siap bagi tips lagi.. hehehe..(yang ni aku cerita lain kali kalau aku rajin.)
" makcik umur berapa ye? kenapa anak-anak makcik tak tolong makcik?"
" umur makcik dah 77 tahun. anak mak cik ada 7 orang, tapi tiada seorang pun yang sara makcik, jadi makcik pon meniagalah. makcik datang sini pun selepas 3 tahun. selalu meniaga kat kampung je."
" kampung makcik kat mana? Rantau Panjang?"
"kampung makcik kat Yala."
"Yala, Thailand?"
"Ya,makcik tinggal kat sempadan macam tulah."
"habis tu, makcik tinggal dengan siapa? anak-anak makcik semua kat mana?"
"makcik tinggal dengan cucu perempuan. dia tinggal seorang la kat rumah sekarang ni. anak-anak makcik ada kat KB, Kuala Lumpur, Phuket. tapi mereka lebih kurang setahun sekali datang lawat makcik, masa mereka lawat tu, dihulur juga beberapa puluh ringgit. tapi mana cukup untuk makan setahun. anak makcik yang tinggal di KB makcik bagi tanah untuk mereka tinggal, tapi mereka tak pernah hulur duit daripada rm100 setahun kat makcik." katanya dengan sedih.
Aku rasa tak percaya masa ni. anak- anak dia memang tak patut. Ayah aku, walaupun dah bersara, masih lagi hulur duit bulan2 kat nenek aku, malah, masa nenek aku berkeras nak robohkan rumah lama dia dan buat rumah baru, ayah aku yang tangggung semua tu. sampai habis duit simpanan dia.
"cucu makcik yang tinggal dengan makcik kat mana? kenapa dia tak ikut makcik datang?"
"dia ikut kawan dia meniaga, kalau tak makcik dah ajak dia sekali. dia tu baru umur 14 tahun, tapi tak nak belajar, puas dah makcik hantar dia ke sekolah siam, pondok, semua dia tak nak."
"mak ayah dia kat mana makcik?"
"mak dia kat Phuket. Mak dia tu merajuk dengan makcik, dah tak nak pedulikan makcik."
banyak lagi perbualan kami sebelum sahabat aku call untuk mengatakan dia telah sampai, makcik ni pelihara 2 cucu, seorang lagi cucu dia sekarang tinggal kat KL, berkahwin dengan orang Nepal. Makcik ni juga datang Kuantan untuk kutip hutang, tapi yang di bagi hutang cuma bayar sikit je kat dia(dia dapat RM70 dari beratus ringgit yang dia datang untuk kutip).
anyway, point yang aku nak tunjuk kat sini adalah:
1) seorang ibu boleh besarkan 7 orang anak, tapi 7 orang anak nak bagi makan mak bulan-bulan pun tak mahu.
2) orang-orang tua survival skill sangat tingggi, boleh naik bas bawa berkilo-kilo tempoyak dalam usia 77 tahun!(tempoyak makcik tu bleh tahan sampai 3-4 tahun okay. dia buat dalam botol.) kita ni bawa barang banyak sikit merungut. Lagi2 kalau naik bas, kalau boleh nak orang hantar dan jemput.
3)banyak pengalaman yang boleh dikutip dari orang tua ni. ambil untuk insafi diri. kemana kita nanti, dimana kita sekarang.
aku cerita la pasal pertemuan aku dan makcik ni kat sahabat yang ambil aku dalam kereta. kesimpulan kawan aku senang je.
"itulah bezanya anak-anak yang punya agama dan yang tidak punya agama. jika agama sebati dalam diri, takkan sanggup dia biarkan ibu tua tinggal begitu tanpa nafkah."
Astaghfirullahal 'azim.
mok, ayoh, ampunkan ore. ore toksey jadi anok derhaka...
ya ALLAH ya Tuhanku, jadikanlah aku anak yang berbakti kepada kedua ibu bapaku, dan jadikanlah aku, penyejuk mata dan penenang hati mereka ..
Ampunkan aku Ya Rahman, Ya Rahim...
No comments:
Post a Comment