Saturday, December 10, 2011

owh,sahabat!

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu, BUKAN juga yang PALING SOLEH dalam kalangan kamu, kerana aku juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk diri sendiri, Seandainya seseorang itu HANYA dapat MENYAMPAIKAN DAKWAH apabila dia sempurna, nescaya TIDAK akan ADA PENDAKWAH.. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." kata-kata Imam Hassan al-Basr
 
bismilahirrahmanirrahim...
assalamu'alaikumwarahmatullahi wa barakatuh...
saya punya masalah sekarang, 
masalah? ye. masalah hati. 
anti jatuh cinta? tanya seorang sahabat.
......................................................
kenapa orang selalu sebut kalau ada masalah hati je berkaitan dengan cinta lelaki dan perempuan? ye saya punya masalah hati. tapi tiada kaitan dengan soal mahu membina baitul muslim. saya susah hati. saya rasa nak lari jauh dari sahabat saya. itu masalah saya sekarang. saya susah nak menegur sesuatu yang pada saya bercanggah dari apa yang telah ditetapkan dalam islam . lagi2 mengenai ikhtilat,kapel dan seiring dengannya.

kenapa susah nak tegur ye?
hmm..sebenarnya saya ada kisah. pasal tegur menegur ni.
masa saya sekolah menengah dulu, saya ada seorang teman. kira baik sangat dengan saya walaupun kami ni lain kelas.
biar dia saya namakan S. ada 1 masa tu, sekolah kami akan adakan 1 program luar sekolah. alhamdulillah,saya dan S pun terpilih untuk menyertai progran tu. beberapa hari sebelum program tu mula, seorang rakan sekelas saya, lelaki tiba2 tegur (walaupun sebelum ni dia tak pernah tegur saya) .
dia kata, 'eh, que, nanti kat kem tolong jagakan S untuk aku boleh?''
my reaction at time?? CONFUSE.  
ok, saya tahu mereka 'kapel' saya tahu kisah mereka. ada yang bercerita. tapi saya buat2 tak tahu. sebab bagi saya dia amat baik. dan oleh sebab itu. saya tak cakap apa2 pun kat mengenai dia dan si dia.
ada salah satu slot dalam program kami yang menjemput seorang doktor muslimah. dia memberi pengisian yang amat menarik. doktor ni adalah teman baik kepada guru saya pada masa tu.salah satunya dia cakap pasal kapel. HARAM.
kebetulan pada masa tu, saya duduk di kerusi hadapan guru saya tu. dan dia sebut nama S dan kapel dia. saya rasa sedih dan malu sangat. sebab guru kami pun tahu.
jadi saya bertekad, saya akan tegur S. sebab saya sayang dia.,,
jadi atas bas,dalam perjalanan pulanng daripada program tu.
saya cakap kat dia lebih kurang macam ni rasanya..*noted that this happen over 3years ago.
S,saya sayang awak, kalu boleh kan, jarangkanlah jumpa si dia boleh tak? 
ada lagi saya cakap. tapi saya lupa. tapi hasilnya. lepas tu S langsung tak nak cakap dengan saya walaupun saya dah minta maaf berkali2..sampai kami tamat SPM. sampai habis sekolah. 
PERIT.


No comments:

Post a Comment

About Me

a full time muslim,daughter,student...

Followers

Total Pageviews