alhmdulillah, hari ini ALLAH masih memberikan diriku nikmat iman dan islam.
saya nak share sedikit pengisian kuliah maghrib yang telah disampaikan oleh ustaz ghazali semalam.
ustaz ghazali mengupas mengenai surah Assyams ayat 1-10.
“Demi matahari dan cahayanya di pagi hari,
dan bulan apabila mengiringinya, dan siang apabila menampakkannya, dan
malam apabila menutupinya, dan langit serta pembinaannya, dan bumi serta
penghamparannya, dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka
Allah mengilhamkan kepada jiwa itu, sesungguhnya beruntunglah orang yang
menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang
mengotorinya.”
(Al Quran Surat Asy Syams: 1-10)
dinamakan surah assyams(matahari) kerana pada ayat pertama surah ini ALLAH dengan matahari
dari ayat 1-7 drpd surah ini, ALLAH telah bersumpah dengan ciptaan alam ini yang hebat,
matahari, bulan,siang, malam, langit dan juga jiwa manusia
kenapa pada ayat pertama lagi ALLAH telah demi matahari?
- ini kerana matahari adalah makhluk ALLAH yg sgt hebat , cahayanya menerangi sekelian alam.
-ALLAH boleh bersumpah dengan makhlukNYA, tp kita sebagai hamba DIA hanya boleh bersumpah atas nama ALLAH.
special highlight on ayat 7 this verse by ustaz is,
dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya)
-dan demi jiwa dan penyempurnaannya., ALLAH bersumpah demi jiwa manusia itu, kenapa bukan dengan manusia itu sendiri?
-ini kerana ALLAH tidak memandang tubuh badan atau rupa zahir seorang manusia kecuali pada jiwa(hati)nya,
kemudian pada ayat 8-10,
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
- ALLAH sentiasa memberi ilham, petunjuk tentang kebaikan kebaikan kepada kita, tapi at the end, pilihan terletak pada tangan kita. sebab itu ALLAH cakap, beruntung(telah berjaya) bagi orang yang terus menyucikan dirinya. dan sungguh rugi bagi orang yang mengikut jalan thaghut.
- oleh itu kita mestilah sentiasa menyucikan jiwa, muhasabah diri kita dan segera bertaubat jika kita melakukan dosa. tak kira kecil mahupun besar.
-jangan fikir pandangan manusia pada kita, tapi fikirlah pandangan ALLAH pada kita.
kuliah ni insya ALLAH akan bersambung next week.
wallahu'alam,
dari hamba yang lemah, che'que
last but not least,
No comments:
Post a Comment