assalamua'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.
alhamdulillah, semalam telah berakhir salah satu program yang antara paling best dalam hidup saya :)
iaitu........
![]() |
logo ini telah direka khas oleh sahabat saya, dia amat kreatif kan? |
sisters' night!.
mula2 mendapat tahu program ini akan berlangsung, saya rasa amat seronok, sebab, semasa ketua program dan ukhuwwah exco dakwah bertanya kepada kami apa cadangan program yang kami ingin jalankan pada semester 2 , saya yang telah mencadangkan program ini.
maka apabila ditawarkan menjadi AJK, saya tidak langsung menolak walapun saya sudah berjanji pada diri akan mengurangkan sebarang aktiviti bukan akademik pada semester ini untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran saya.
saya ingatkan ditawarkan sebagai AJK biasa, rupa-rupanya, Alhamdulillah sahabat saya telah memberi saya jawatan sebagai setiausaha.
mula-mula saya rasa cuak yang amat sebab, yelah, saya tidak pernah menjadi setiausaha sebelum ini! tapi bak kata sahabat saya, kita kalau nak bergerak kerja mesti menjadi seorang yang fleksibel!
maka, oleh itu, oh yes, i accept the challenge! nothing impossible rite :P
sisters' night berlangsung dengan seronoknya walaupun yelah terdapat beberapa masalah disaat-saat akhir sehingga membuat saya dan sahabat-sahabat lain berkejar-kejaran dari kk3 ke kk1 kemudian astaka dan masjid,huh! kepenatan.
sekarang saya berasa sedikit lega. walaupun pada hakikatnya, sebagai setiausaha , tugas saya belum lagi selesai, saya masih lagi perlu menyerahkan report program dan beberapa lagi surat menyurat yang dikehendaki oleh ahli jawatankuasa induk program dakwah kampus 2012(prodak '12).
![]() |
poster promosi PRODUK'12 . sangat cantik ksn :) |
dah azan subuh, setakat ini sahaja dahulu,
wabillahi taufik wal hidayah,
assalamua'alaikum warahmatullahi wabarokatuh (^_^)
No comments:
Post a Comment