Saturday, December 20, 2014

oh banjir!

Assalamu'alaikum!

Sekarang Q berada di SK Pengkalan Kubur 1, pusat pengumpulan mangsa banjir daerah pengkalan kubur. satu sekolah ni kapasiti mangsa banjir adalah 500 orang. Petang tadi semasa Q sampai, mangsa yang berada disini adalah mencecah 1000 orang.

 Sekarang sebahagian mangsa telah pun dipindahkan ke SK Geting dan SK Cabang 4, Tumpat dan khabarnya ada mangsa di  SK Pengkalan Kubur 2 seramai 500 orang.

 kenapa Q kat sini? Kami jadi sukarelawan!

Alamak! Dah pukul1.30!.

Tidur dulu. Esok kena bangun kul 5 pagi. Huhu...


Wednesday, December 17, 2014

hipokritkah aku??

Pernah tak anda berada dalam satu situasi dimana seseorang berkata pada anda yang anda hipokrit?

 Saya pernah, dalam banyak situasi. Contoh, bos saya baru-baru ini telah memberi satu kenyataan bahawa saya ini agak "control ayu" didepan lelaki. Lebih lagi kepada adik ipar beliau yang selalu berkunjung ke kedai. Kata beliau saya tidak seperti seorang lagi pekerjanya yang tak "control ayu" dan menjadi diri sendiri dan sama sahaja di depan sesiapa, lelaki mahupun perempuan.
 Saya terpaku seketika. Erkk...

 Kalau dengan cara saya yang kurang bercakap benda yang tidak penting dan bergurau senda dengan lelaki itu dianggap "control ayu", hipokrit, saya tiada madalah. Kenapa? Sebab saya tak nak hipokrit dalam prinsip saya ber'Tuhan'.

 Bagi saya Allah telah gariskan, perhubungan antara lelaki dan perempuan ada batasnya. Walaupun lelaki dan perempuan itu ipar duai mahupun sepupu, kerana mereka adalah ajnabi, lelaki yang asing. Oleh itu saya tidak mahu terlalu membebaskan diri saya hingga batas hubungan menjadi tidak terjaga.

 Orang lain mungkin menganggap itu satu tindakan yang hipokrit, tetapi daya tahu had dan kelemahan diri saya. Lebih elok berjaga-jaga dari tergoda! Tergoda dengan nafsu syaitan yang membara!

 Saya juga pelik melihat sesetengah manusia yang tidak mahu berubah menjadi lebih baik hari ini dari semalam. Alasan mereka aku tidak mahu menjadi hipokrit. Aku adalah aku.
 Akan tetapi lupakah mereka akan pemilik dan pencipta mereka. Adakah kamu tidak merasa lebih pelik hipokrit dihadapan Tuhan dari makhluknya?? Kenapa aku berkata kamu hipokrit dengan Tuhan? Sebabnya kamu mengaku menjadi hambaNya tetapi suruhannya kamu ingkari!


Astaghfirullahal'azim,Astaghfirullahal'azim,Astaghfirullahal'azim...
Allahu Ya Ghafur ampunilah kami...

Wednesday, June 25, 2014

punca jerawat?

1 dan 2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu. 

4,5 dan 7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam

6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9 dan 10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11 dan 12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.
___________________________________________________
aku jumpa ni kat dalam satu laman web, sumbernya taklah berapa jelas. 
tapi kan, aku selalu dapat jerawat pada area muka 11,12,13..
so, kalau mengikut pandangan di atas aku ada masalah hormon dan usus. Usus tu mungkin betul sebab aku memang kadang-kadang ada masalah untuk cerna makanan. 
tapi bila aku tengok, memang aku ni kena minum banyak air dan serat. 
dulu bila aku join 10L water a day , kulit aku memang cantik, serius. sekarang memang kurang minum air. 
dan hey, aku baru habis baca buku mengenai Supplements dan Multivitamin. aku tak ingat tajuk buku, buku tu dalam bahasa inggeris, buku tu kakak aku punya, aku baca masa aku kat rumah dia.

Conclusion aku lepas baca buku tu adalah,
1) eggs, fish, dairy and fruits is important part in our daily diet as its contains most of proteins, mineral, needed by our body system.
2) meat can be taken like twice to thrice a week.
3) pregnant women and elderly people 0f 65 years old and above are recommanded to to take supplements or extra multivitamins as they need twice nutrients than normal bodies.
and others. 
hey, buku tu sangat menarik. i want to read it for the 2nd time to get more understanding. think have to wait for my sister come home or i go to her home.
_______________
ALLAH is Ya 'ALIM which means Maha mengetahui.
peace!
 

Nenek Penjual Tempoyak.



Assalamu'alaikum,
semalam, alhamdulillah sampai kuantan pukul 2 lebih tapi sebab tengah berfikir dan malas lagi ak naik bas sampai 2 kali (terminal sentral-kuantan, kuantan-gambang) aku pun duk la melepak kat surau terminal tu.
masa aku nak ke tandas, aku minta seorang makcik tua sebaya tok ayah untuk jaga beg aku kat surau, lepas aku keluar tandas, dia pula minta aku jaga barang dia sementara dia pergi mandi. katanya di belum mandi lagi hari ni, baru habis meniaga kat pasar (aku tak jelas sangat kat mana, rasanya nenek tu sebut Pekan).
Aku, menjadi diriku yang over ingin tahu, berbual la sikit dengan makcik tu, sebab aku pelik melihat dia seorang mengangkut barang ke hulu hilir, dah la bas dia pukul 10 malam (lambat lagi woo.. masa tu baru pukul 3-4 macam tu la..)
(perbualan ini adalah dalam loghat kelate sebenarnya, aku terjemah balik apa-apa yang aku ingat sikit2)

"mak cik nak ke mana?"
"Kelantan, Rantau Panjang. anak ni nak ke mana?"
"saya baru sampai, nak ambil barang, esok baru balik KB. mak cik sorang je ke? buat apa kat sini"
"ye, makcik datang meniaga kat pasar ......(ni sebab aku tak jelas)" sambi tunjuk kat plastik barang berdekatan.
"oh yeke? mak cik meniaga apa? kenapa tak meniaga kat kampung je?"
"makcik jual tempoyak, kalau kat Kota Bharu tempoyak tak laku, dah la kena jual murah je. kat kelantan tempoyak sekilo Rm4 , kat sini makcik boleh jual RM8 sekilo. sekejap je laku, makcik datang sini bawa 80 kilo tempoyak, dah habis dah." katanya sambil tersenyum, menampakkkan gusi yang giginya dah tanggal kesemuanya.
"serius dah habis?"
"ya." katanya dengan senyuman yang tidak lekang.

Lepas tu aku tanya cara buat tempoyak. Makcik tu cerita dengan semangat siap bagi tips lagi.. hehehe..(yang ni aku cerita lain kali kalau aku rajin.)

" makcik umur berapa ye? kenapa anak-anak makcik tak tolong makcik?"
" umur makcik dah 77 tahun. anak mak cik ada 7 orang, tapi tiada seorang pun yang sara makcik, jadi makcik pon meniagalah. makcik datang sini pun selepas 3 tahun. selalu meniaga kat kampung je."
" kampung makcik kat mana? Rantau Panjang?"
"kampung makcik kat Yala."
"Yala, Thailand?"
"Ya,makcik tinggal kat sempadan macam tulah."
"habis tu, makcik tinggal dengan siapa? anak-anak makcik semua kat mana?"
"makcik tinggal dengan cucu perempuan. dia tinggal seorang la kat rumah sekarang ni. anak-anak makcik ada kat KB, Kuala Lumpur, Phuket. tapi mereka lebih kurang setahun sekali datang lawat makcik, masa mereka lawat tu, dihulur juga beberapa puluh ringgit. tapi mana cukup untuk makan setahun. anak makcik yang tinggal di KB makcik bagi tanah untuk mereka tinggal, tapi mereka tak pernah hulur duit daripada rm100 setahun kat makcik." katanya dengan sedih.

Aku rasa tak percaya masa ni. anak- anak dia memang tak patut. Ayah aku, walaupun dah bersara, masih lagi hulur duit bulan2 kat nenek aku, malah, masa nenek aku berkeras nak robohkan rumah lama dia dan buat rumah baru, ayah aku yang tangggung semua tu. sampai habis duit simpanan dia.

"cucu makcik yang tinggal dengan makcik kat mana? kenapa dia tak ikut makcik datang?"
 "dia ikut kawan dia meniaga, kalau tak makcik dah ajak dia sekali. dia tu baru umur 14 tahun, tapi tak nak belajar, puas dah makcik hantar dia ke sekolah siam, pondok, semua dia tak nak."
"mak ayah dia kat mana makcik?"
"mak dia kat Phuket. Mak dia tu merajuk dengan makcik, dah tak nak pedulikan makcik."

banyak lagi perbualan kami sebelum sahabat aku call untuk mengatakan dia telah sampai, makcik ni pelihara 2 cucu, seorang lagi cucu dia sekarang tinggal kat KL, berkahwin dengan orang Nepal.  Makcik ni juga datang Kuantan untuk kutip hutang, tapi yang di bagi hutang cuma bayar sikit je kat dia(dia dapat RM70 dari beratus ringgit yang dia datang untuk kutip).

anyway, point yang aku nak tunjuk kat sini adalah:
1) seorang ibu boleh besarkan 7 orang anak, tapi 7 orang anak nak bagi makan mak bulan-bulan pun tak mahu.
2) orang-orang tua survival skill sangat tingggi, boleh naik bas bawa berkilo-kilo tempoyak dalam usia 77 tahun!(tempoyak makcik tu bleh tahan sampai 3-4 tahun okay. dia buat dalam botol.) kita ni bawa barang banyak sikit merungut. Lagi2 kalau naik bas, kalau boleh nak orang hantar dan jemput.
3)banyak pengalaman yang boleh dikutip dari orang tua ni. ambil untuk insafi diri. kemana kita nanti, dimana kita sekarang.

aku cerita la pasal pertemuan aku dan makcik ni kat sahabat yang ambil aku dalam kereta. kesimpulan kawan aku senang je.

"itulah bezanya anak-anak yang punya agama dan yang tidak punya agama. jika agama sebati dalam diri, takkan sanggup dia biarkan ibu tua tinggal begitu tanpa nafkah."

Astaghfirullahal 'azim.
mok, ayoh, ampunkan ore. ore toksey jadi anok derhaka...
ya ALLAH ya Tuhanku, jadikanlah aku anak yang berbakti kepada kedua ibu bapaku, dan jadikanlah aku, penyejuk mata dan penenang hati mereka ..
Ampunkan aku Ya Rahman, Ya Rahim...



Thursday, May 15, 2014

4 perkara

Kata seorang lelaki kepada Al-imam Hasan Al-Bashri " apakah rahsia zuhudnya tuan di dunia ?.

Lantas jawab Al-Imam " 4 perkara ".

1) Saya tahu bahawa rezeqi kepunyaan saya tidak boleh diambil oleh orang lain , maka hati saya menjadi tenang.

2) Saya tahu bahawa amalan saya tidak boleh dilaksanakan orang lain maka , saya terpaksa lakukannya sendiri .

3) Saya tahu bahawa Allah sentiasa memantau saya maka, saya amat malu Allah melihat saya sedang melakukan maksiat.

4) Saya tahu bahawa mati sedang menanti saya maka , saya sentiasa mengambil bekalan sebagai persediaan untuk menghadapinya

___________________________________________________

Someone asked Hassan Al Basri: "What is the secret of your piety?"

He replied, "I understood 4 things:

1. I understood my rizq cannot be taken by anyone so my heart is contended.
2. I understood no one can do my actions (worship) so I started doing them myself.
3. I understood Allaah Ta'ala is watching me, so I felt shame to do wrong.
4. I understood death is waiting for me so I started to prepare for my meeting with Allaah Ta'ala."

Subhanallah.

Salam 15 Rejab 1435 H.

#doa 2 : Doa Nabi Ibrahim.




14/5/2014 bersamaan 14 rejab 1435

Sedang aku asyik membelek-belek slide untuk presentation mass&heat lab di luar bilik presentation,
tiba-tiba handphoneku bergetar dalam silent mode nya,
''Hello, Assalamu'alaikum."
"Wa'alaikummussalam, Aini, ko baca tak mesej aku? betul ke berita tu?''
terdengar suara room mateku Faezah dihujung talian.
"Berita apa wei? sori la, handphone silent. Kejap lagi presentation."
"Shaiful Idlan meninggal. Excident. Ada orang post kat Facebook."
"Hah?! betul ke wei? fb sape?"
"Aku pon tak tahu. Aku baca ada orang post di wall Syarif."
"Kejap. Biar aku confirmkan berita ni dengan kawan aku yang juga kawan dengan Epol."

Aku terpaku seketika. Shaiful Idlan sahabat seperjuanganku telah meninggal dunia??
Setelah mendapat pengesahan dari beberapa sahabat. Aku masih tidak percaya. Malah saat aku membuka mukabuku penuh dengan berita pemergiannya.. Allahu..

Inna lillahi wa inna ilaihirrajiun..

Saat jasadnya disolatkan, saat jenazahnya dikuburkan, hujan turun renyai-renyai..
bagaikan mengerti, pemergiannya.
Airmata yang kutahan dari mengalir, tiba-tiba menderu turun. Sebak.

hatiku berkata,
'Selamat tinggal sahabat. Semoga ALLAH merahmatimu. Disini aku juga menjadi saksi, bahawa engkau menjaga hubunganmu dengan manusia. Dan satu saat nanti, aku pasti akan menyusulmu, kembali ke alam abadi.'
dan aku tahu, pada saat itu, waktu itu, sahabat-sahabatmu yang lain juga bersaksi.
murabbimu bersaksi, keluargamu bersaksi.

Malah disaat aku menghulur salam takziah buat ibumu,
beliau berkata, "Teruskan perjuangannya walaupun dia tiada. Mak cik redha dengan pemergiannya kerana dia adalah anak yang soleh"

Allahu.. Allahu... Allahu..

Benar,
Kematian adalah peringatan bagi mereka yang hidup.
Peringatan bagi kami yang lalai dan leka.
Bahawa Ajal akan menjemput bila-bila masa.


________________________________________________________________________

Status terakhir arwah Shaifullah Idlan Bin Rozlan di muka buku,

Harapan itu fitrah manusiawi . Harapan datang bila kehendak itu cuba didapat . Andai harapan itu dicapai, bertiuplah angin tenang melega jiwa gembira bahkan boleh jadi megah berbangga . Harapan itulah ukuran agaknya lelah amalan, takdirnya agar perjuangan itu diterima .

Antonimnya, ombak pilu pula datang menghempas . Boleh jadi ombak menggila beserta badai mungkin . Itulah persis, maka akan gundah resah bahkan perit derita, lagi2 jika hajat itu adalah makin tinggi melangit .

Maka, disinilah titik cantuman kita kembali kepada Tuhan . Berharap pada yang belum pasti, sandarannya sejauh mana usaha kita untuk peroleh itu . Berbahagialah pada yang berusaha, andai tidak didapat, itulah pahit manis berjuang . Pusarkan harapan itu pada Tuhan, moga ada balasan pada masa mendatang .

Moga kau menemuinya . Berharaplah, pada Allah . :)


Alfatihah buat Saudara Shaifullah Idlan Bin Rozlan.
7 OGOS 1992- 14 MAY 2014

Sunday, May 11, 2014

#doa1

Doa Elak Kejahatan Sendiri

"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakan diriku. Aku (hanyalah) hambaMu. Aku berusaha sedaya upaya untuk setia memegang janjiMu. Aku berlindung kepadaMu ya Allah akibat dari kejahatan yang terlanjur telah aku lakukan.Ya Allah, aku mengaku sekian banyak nikmatMu kepada aku dan aku mengakui juga akan sekian banyak dosaku, maka ampunkanlah dosaku. Tiada yang dapat mengampunkan dosa kecuali Engkau." 

Fadhilat Wirid Daripada Syaddad bun 'Aus (RA) daripada Nabi (SAW) bersabda:
 " Penghulu istighfar ialah (bacaan di atas), sesiapa yang membaca penuh dengan keyakinan setiap pagi dan petang maka sekiranya ia mati di waktu itu insyaAllah akan dimasukkan ke dalam syurga."(Riwayat Al - Bukhari)

astaghfirullahal'azim...astaghfirullahal'azim..astaghfirullahal'azim...

aku percaya, ALLAH itu YA Ghafur.. Yang Maha Pengampun...
ampunilah diriku...
Allahu ya Sami', Allahu ya Bashir.. ALLAHU YA Rahman, Ya Rahim..

once upon a masjid..

assalamu'laikum..
alhamdulillah yesterday i've given a chance by Allah to have a very good conversation with an expatriate family from iraq..
mashaa Allah.. im so happy to meet them..

i saw them praying after maghrib at mosque.. my heart scream..
"go and greet them! you must show them malaysian are kind...etc" ... give a lot pro and cons in my head..
but then i didnt have  the guts..

then after isyak,  i still saw the saw the family, i said to my self,
"if not now, when? they might not comeback later''

so i brave myself, say salam to them and shake hands. now, its not that hard is it?
so from then, the conversation start. i dont remember who start it .. probably the mother..
which until now i didnt catch her name..
but i know her son and daughter name, they are Sarah and Bakr.
Sarah is a teenager.. while Bakr i think is only 8-10 years old..
Sarah is fluent in English.. while Bakr didnt said a word to me..
their mother is fluent, but not as fluent as Sarah..

they are from iraq, they are in my uni because the mother is pursuing master's in chemical engineering.. same course as mine (proud) .. her husband is in iraq right now to take care of their sick mother..

she ask a lot of things about me too... so i try to answer as polite as possible..

a lot of things we talk about... from Manglish to Pets...

before we said our goodbyes, she said to me,
" so i'll meet you again tomorrow?"
i said " in shaa Allah"

inshaa ALLAH... until next time.. :)


_________________________________________________________
my next post is in malay inshaa ALLAH.. i realise i think a lot in English, write a lot in English.. but i speak my mother tongue of course...
that's probably because i read and watch a lot of English stuff...
since i start to write my short story back lately, i realise also, my malay is getting worse by day...

inshaa ALLAH ... inshaa ALLAH...
Pray for me...



Monday, January 6, 2014

muslimat, dimana kamu?

"Kalau semua muslimat duduk kat rumah, siapa yg nak betulkan masyarakat perempuan kat luar? Muslimin?"-anonymous

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (at-Taubah: 71)

saya nak higlightkan di sini, LELAKI dan PEREMPUAN , maksudnya, tuntutan berdakwah, bukan hanya untuk lelaki, tetapi jg perempuan...

saya sedih apabila melihat satu trend di sini, muslimat tahu dan faham akan ilmu agama, tetapi malas untuk berjuang..
katanya, biarlah medan dakwah,tarbiah dan siasah hanya untuk muslimin,
biarlah mereka membentuk diri hanya untuk suami dan keluarga..
memang muslimat banyak dituntut untuk keluarga,
tetapi jangan menafikan hak masyarakat kepada anda,

apabila anda mengucap 2 kalimah syahadah, maka anda adalah seorang pendakwah secara automatik..

jika peluang dakwah itu terbuka, rebutlah peluang itu!
jgn lepaskan!
lawan rasa MALAS! kuasai nafsu!

anda boleh muslimat!

#infiru!


________________________________________________________________________

just my random though during stressful week of exams...
intially want to post this on fb, but guess what, i can't!!
some connection problems..
ump internet, when will u be nice to us?

astaghfirullah...

i want to make it longer, may be some other time... inshaa ALLAh...
till then..

assalamu'alaikum...

sincerely,
~cik ainQ~

About Me

a full time muslim,daughter,student...

Followers

Total Pageviews