Wednesday, December 12, 2012

so.. maybe?

assalamu'alaikum...

ok, i've been keeping this 4 a long time...

i'm trying to finish it off, but as for now, still fail la..

so, here u go, my 1st cerpen, (no editing) in the laptop...

hope u enjoy it!

_________________________________________________________________________________

CATATAN SHUHAIZA (1)



Catatan shuhaiza, februari 2007
Ya Tuhan,kenapa Kau bawa dia pergi dariku?
Aku masih perlukan dia,
Yang bernafas senafas denganku.
Yang permulaan nadinya serentak denganku..
Kenapa Engkau tidak bawa aku sekali?
Aku perlukan dia,
Aku masih perlukan dia….
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 
image ihsan mr.google :)


Dunedin, September 2011
  Suasana di pusat islam Dunedin meriah dengan suara kanak-kanak ketawa riang dan suara wanita-wanita bersenda gurau, hari ini adalah hari terbuka wanita muslim anjuran  student association of new Zealand atau singkatannya MUSA, yang julung-julung kalinya diadakan. Majlis sudah hampir ke penghujungnya, pengarah program, merangkap ketua muslimat MUSA , shahirah memberi kata-kata penutup. 
           ‘’assalamu’alaikum warahmatullahi wa barokatuh   , thanks to all sister who’d came to our little feast today, Alhamdulillah its really great to know all of you, and meeting you all today is my greatest pleasure, I hope all you has a very good day also, may ALLAH bless us, and also thanks for all the good food, we love them!!’’
   Kata-kata shahirah  disambut dengan tepukan bergemuruh daripada hadirin. Shahirah menarik nafas lega. Program yang telah dirancang berbulan lamanya bersama sahabiah-sahabiah tercinta telah dilangsungkan dengan jayanya. Kelihatan salah seorang muslimat di belakang memberi tanda bagus dengan kedua tangannya. Senyuman si gadis yang mekar, meriangkan hati sesiapa saja yang meliahat.
  Shahirah kenal gadis itu, dia teringat pertemuan pertama antara dia dan gadis itu di masjid jamek jalan india beberapa tahun dahulu saat dia pulang bercuti ke Malaysia. Tiada siapa akan menyangka bahawa beberapa tahun dahulu, secebis snyuman pon amat sukar dilihat diwajah gadis manis itu, gadis yang dia kenali melalui tangisannya yang panjang dibahu shahirah,
  Setelah program tamat dan tetamu beransur pulang shahirah segera mendekati gadis tersebut.
 ‘’aiza, apa khabar? Kenapa tak bagitau akak yang aiza dating? ‘’
‘’aiza saja nak bagi kejutan kat akak, mana mungkin aiza tak datang, ni kan program terakhir kak sha sebelum kak sha graduate kan? Jadi macam mana perasaan akak? Aiza tengok, sambutan oleh masyarakat islam setempat amat menggalakkan.’’
‘’alhamdulillah, kak sha pun tak sangka aiza,ramai pula yang hadir. Syukur sangat pada ALLAH atas  kelancaran program ini.’’
‘’assalamu’alaikum sisters, I’m sorry to interrupt you conversation, I have something important to tell shahirah. But before that, may  know this beautiful young lady?’’  kata Leila, gadis kelahiran Dunedin yang berketurunan morocco tersebut.
‘’wa’alaikummussalam’’ jawab shahirah dan aiza hampir serentak, perkara ini mengundang tawa senyap shahirah dan senyum manis aiza.
‘’oh, I’m sorry Leila, let me introduce you both, this is my sister from Malaysia, her name is Shuhaiza Alfahroze,yau may call her Aiza, and Aiza, this is Leila Junaid, my beloved assistant.’’
  Selepas perkenalan ringkas tersebut Aiza meminta diri untuk pulang dahulu memandangkan Shahirah dan juga ahli jawatankuasa MUSA yang lain mempunyai mesyuarat.
……………………………………………………………………………….
Ya tuhan,
Mengapa rasa itu datang lagi,
Rasa ingin berpaling,
Berharap bahawa aku tidak tahu.
Semoga hati tenang.
Tapi aku tahu itu tidak mungkin.
Dan aku juga tahu,
Walaupun aku lari,
Hakikatnya takkan berubah walau sesaat.
Hakikatnya takkan berubah….
………………………………………………………………………….
 Telefon Samsung S2 yang berada di meja Aiza mula mengalunkan iringan doa selawat menandakan ada mesej yang masuk.
From: kak shahira
‘’assalam aiza, petang ni free x?’’
To:kak shahira
‘’wassalam, insya ALLAH.. kenapa kak?’’
From: kak shahira
‘’temankan akak ke Bandar,ada urusan. Akak perlukan teman’’
To: kak shahira
‘’ok, insya ALLAH Aiza temankan akak’’





___________________________________________________________________________________

to be continue... 

inshaa ALLAH this coming semester i'll try to finish it off...
remember, this story is just my mere imagination....

maassalamah wa ilal liqo' :)

Sunday, October 14, 2012

motivasi hari ini..

assalamu'alaikum...

nak share salah 1 ayat quran yang memberi saya motivasi...
saat sy rasa, aku ada apa untukMu YA ALLAH?



Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. 
(At-Taubah 9:111) 

(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). (At-Taubah 9:112)  














alhamdulillah..

wallahualam..

Wednesday, October 10, 2012

Sahaja Aku Mencintaimu



this is one of my favourite song...
i can hear this song over and over again...
this song taught me about love..
love to him...
 love to my Creator... ALLAH ...
 
 selamat menghayati lirik lagu ini (^_^)
 
 
 Sahaja Aku Mencintaimu - Du’a Feat Ustaz Amal

 Ku cinta padaMU lebih dari segala-gala
mampukah ku pertahankan cita ini
dalam mengabdikan diri padaMU

Andai ada kata yang lebih baik

dari ucapan terima kasih
pastikan ku ucap setulus hati
tanda cintaku padaMU

Lailahaillallah..Allahu Rabbi

Lailahaillallah..Allahu Akhbar

Andai ada hadiah yang lebih baik

dari melodi syukurku
semestinya ku persembahkan padaMU
tanda cintaku padaMU..

Hasbi Rabbi Jallallah

Ma fi Qalbi Ghairullah
Nur Muhammad Sallallah..

Setiap hela nafas

setiap gerak tangan
setiap degup jantung
setiap derap kaki
takkan pernah bermakna tanpa CINTA-MU..
ya Allah...
 
 
semoga jumpa lagi.
ASSALAMU'ALAIKUM.. (^_^)


Tuesday, October 9, 2012

aku kecewa!

aku kecewa..
merasa kosong..
entah kenapa...

melihat wall facebook tanpa arah tujuan
tiba2 seorang sahabat post status:

apabila kamu menyandarkan segala sesuatu kerana  ALLAH semata-mata,
maka kamu akan merasakan segalanya cukup..
bahagia~
(^_^)

tiba hati merasa cukup. mata berair..
ya Allah.. alhamdulillah...

hati ini ada Engkau.. kenapa prelu merasa kosong?
Engkau penyokong kuat aku...
Engkau sentiasa ada di sisiku...

wudu' segera diambil..
solat 2 rakaat di tunaikan...
kerana ingin mengatakan cinta dan syukur pada Illahi ..
 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

i believe that everyone us have had this situation...
we lose cause, lose way...
everything seems to be objecting us...
as if, they want to deny that you are exist..

its normal...
but , always there is reminder,
from someone or something that remind us back to our life goal.
that's mean,
ALLAH loves you..

and my reminder to you,
if you feel down,
go find a good friend,
whom , as you see him or her, will remind you of ALLAH...

that's all...


maafkan salah silap saya...
manusia biasa yang lemah...

assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barokatuh (^_^)




 



Monday, October 1, 2012

UKHUWWAH. [CARA KITA DAN MEREKA]

 bimillahirrahmanirrahim...

ASSALAMU'ALAIKUM.

[CARA KITA DAN MEREKA]

P-Makan suap ke mulut kawan sambil senyum dan sebut 'alalala sayang'.
L-Makan suap ke mulut kawan dengan suapan yang banyak dan sebut 'nah amik kau'.

P-Berukhuwwah dengan berpegang-pegangan tangan sambil salam dan peluk ukhuwwah.
L-Berukhuwwah dengan sep tangan atau angkat tangan dari jauh.

P-Tidur sekali, sebantal, setilam.
L-Tidur sorang kat penjuru kanan, sorang penjur

u kiri, bantal berebut dan tidur bergelimpangan.

P-Main batu seremban sekali, main cuit-cuit, main sep-sep.
L-Main sepak terajang atas padang bola, rembat bola kat kepala dan senyum.

P-Saat nak pisah, menangis, peluk xnak lepas.
L-Saat nak pisah, salam cepat-cepat, dah habis gi tandas menangis sorang2.

Ini cara kita dan mereka berukhuwwah. Tak tahulah ni ukhuwwah betul ke ukhuwwah songsang. :)

.:from tuan presiden:.



terima kasih tuan presiden.
memang betul kan, men are from mars, women are from venus. seorang perempuan melayan ukhuwwah seperti P. seorang lelaki seperti L.

saya baru tahu, ukhuwwah muslimin dengan muslimin macam mana.

bak kata sahabat saya, muslimin ni , muka gangsta, tapi dalam hati ada taman.
ada masa duk menangis jugak. (^_^)

wallahu'alam.

Saturday, August 25, 2012

akh, tolong ana...

“Akh, doakan ana istiqomah.”

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

“Akh, biar apa pun yang terjadi, ana tetap bersama antum.”
“Ana harap, ana dapat ikut usrah dengan akhi sampai bila-bila.”
“Ana harap akhi akan terus membimbing ana.”
“Akhi, kalau ana keluar dari jalan dakwah, tolong tampar ana sampai ana sedar.”

Itulah antara dialog bagi mereka-mereka yang mula meletakkan cinta mereka ...
pada pengislahan atau pembaikan diri. Mula meletakkan sebahagian atau sepenuhnya daripada tujuan hidup mereka untuk tarbiyah dan dakwah. Tapi, selalu juga kita dengar dialog seperti,

“Akh, ana tidak bersama antum lagi.”
“Akh, ana nak hold dulu halaqoh.”
“Akh, ana rasa ana tak mampu nak jadi seperti antum.”

Dan lebih malang dan sedihnya apabila ayat yang kedua ini keluar daripada lidah mereka yang mengucapkan ayat-ayat yang pertama tadi.

Kenapa? Entahlah, macam-macam alasannya.

“Tidak ikhlaslah, tidak layaklah, tidak sucilah, tidak mampulah, tidak kuatlah, tidak minatlah, tidak itu dan tidak ini.”

OK. Cuba kita duduk dan perhatikan sebentar. Alasan-alasan tadi selalu kita dengar daripada orang yang asalnya aktif dalam berbuat kebaikan, kemudian dia memilih untuk berhenti atas alasan-alasan tadi.

“Tidak ikhlaslah, tidak layaklah, tidak sucilah, tidak mampulah, tidak kuatlah, tidak minatlah, tidak itu dan tidak ini.”

Tapi, pernah tidak kita dengar orang yang main games atau kaki movie atau taik couple merungut dengan apa yang mereka perbuat, kemudian menggunakan alasan-alasan tadi untuk meninggalkan perkara-perkara tidak bermanfaat tadi?

“Aku tidak ikhlaslah main games. Delete-lah.”
“Samalah, aku rasa tidak layak untuk tengok movie. Tutuplah.”
“Itulah, aku pun rasa tidak sucilah untuk bercouple. Clash-lah.”

Pernah?

Haha. Mungkin ada, tapi berapa ramai jika kita mahu bandingkan dengan mereka-mereka yang lebih suka beralasan dalam melakukan kebaikan berbanding melakukan keburukan?

Lagi satu, pernah tidak kita dengar orang kata,

“Akh, doakan ana istiqomah dalam bercouple ya!”

Atau,

“Akh, doakan ana tsabat atas jalan games!”

Pernah? Kenapa tidak pernah? Kerana dalam nak melakukan perkara-perkara maksiat, manusia memang tidak perlu diajar cara-cara untuk istiqomah. Automatik reti! Tapi, kalau dalam hal-hal kebaikan, hal-hal keislaman?

“Akh, doakan ana istiqomah atas jalan tarbiyah.”
Atau,

“Akh, doakan ana tsabat dalam memperbaiki diri.”

Ha.. Ini selalu kita dengar. Sebab apa? Sebab memang hakikatnya untuk duduk atas jalan tarbiyah ini memang perit.

Bukanlah salah kalau kita mengharapkan doa daripada ikhwah atau akhwat kita untuk terus tetap, teguh, isitqomah dan beristimrar atas jalan dakwah, jalan tarbiyah ini. Bagus dan sangat bagus!

Cuma, saya mahu ajak kita semua berfikir bahawa, memang atas jalan dakwah dan tarbiyah ini akan ada banyak ujian dan cabaran berbanding kalau kita nak hidup atas jalan hidup sia-sia, buang masa, maksiat dan lain-lain.

Orang akan tuduh kita macam-macam. Gila, sesat, tok lebai, bajet baik, rigid, radikal, ekstrim dan lain-lain.

Orang akan ancam kita macam-macam. Nanti kena tangkap polis, tarik scholar, miskin, tak laku.

Pada saya, biasalah itu. Rasulullah SAW dituduh gila, sesat, ahli sihir.

كَذَٰلِكَ مَا أَتَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ مِنْ رَسُولٍ إِلَّا قَالُوا سَاحِرٌ أَوْ مَجْنُونٌ
"Demikianlah setiap kali seorang rasul yang datang kepada orang-orang yang sebelum mereka, mereka (kaumnya) pasti mengatakan, "Dia itu pesihir atau orang gila"
[QS Az-Zariyat, 51:52]

وَإِنْ يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ لَمَجْنُونٌ
"Dan sesungguhnya orang kafir itu hampir-hampir menggelincirkan engkau dengan pandangan mereka, tatkala mereka mendengar peringatan dan mereka berkata: "Sesungguhnya dia (Muhammad saw) benar-benar seorang yang gila.”
[QS Al-Qalam, 68:51]

Rasulullah SAW sendiri diancam bunuh, dipulaukan oleh saudara-mara dan masyarakat.

وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ ۚ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
"Dan (ingatlah) ketika orang kafir mengatur rancangan terhadap engkau (wahai Muhammad saw), (iaitu) untuk menangkap engkau, atau membunuh engkau, atau mengusir engkau. Mereka membuat rancangan dan Allah (juga) membuat rancangan, dan Allah adalah sebaik-baik Pengatur rancangan."
[QS Al-Anfal, 8:30]

Tapi, pernah tak dia kata,

“Ya Allah, aku nak berehat. Nanti bila dah ready, aku join balik!”

Pernah?

Ada ikhwah bercerita mengenai keluarga dia yang menegurnya kerana clash dengan couple dia,

"Kamu ini kenapa clash, tak kasihankah pada dia?"

Kawan-kawan pula,

"Weyh, kalau dia bunuh diri macam mana?"

Hati diri sendiri pun berkata-kata,

"Betul juga, dulu aku yang bagi harapan pada dia.. Hmm.."

Konklusinya

Maka, tetaplah ikhlaskan niat kita. Berbuat dan terus berbuat kerana mencari cinta Allah dan mengharapkan keredhaan Allah.

Tingkatkan amal, jaga hati baik-baik, jaga mata dan sibukkan diri dengan hal-hal berfaedah. Melemah itu biasa, tapi kalau rasa diri itu mula negatif nilai imannya, cepat-cepatlah bina balik.

Tinggalkan sahaja benda-benda maksiat yang akan menghambat perjalanan kita menuju syurga. Kalau dia datang balik macam mana? Buat tak tahu saja. Nanti dah lama-lama, dia boring, hilang lah tu. =)

Sampai bila?

Sampai Islam itu menang atau kita mati kerananya.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ

تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

وَأُخْرَىٰ تُحِبُّونَهَا ۖ نَصْرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?"

"(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui,"

"Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam surga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung."

"Dan (ada lagi) kurnia yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin."

[QS As-Saff, 61:10-13]

Wednesday, March 21, 2012

three question of noor.

True Story....

There was once a man who was an enemy to Islam. He had three famous questions that no person could answer. No Islamic scholar in Baghdad could answer his three questions...thus he made fun of Islam in public. He constantly ridiculed Islam and the Muslims. One day a small boy, who`s age was 10, came along and heard the man yelling and screaming at Muslims in the street. He was challenging people openly to answer the three questions.
The boy stood quietly and watched. He then decided that he would challenge the man. He walked up and told the man, "I will accept your challenge".

The man laughed at the boy and ridiculed the Muslims even more by saying, "A ten year old boy challenges me. Is this all you people have to offer!"

But the boy patiently reiterated his stance. He would challenge the man, and with Allah`s help and guidance, he would put this to an end. The man finally accepted.

The entire city gathered around a small "hill" where open addresses were usually made. The man climbed to the top, and in a loud voice asked his first question.

"What is your God doing right now?"

The small boy thought for a little while and then told the man to climb down the hill and to allow him to go up in order to address the question.

The man says "What? You want me to come down?"

The boy says, "Yes. I need to reply, right?"

The man made his way down and the small boy, age 10, with his little feet made his way up.

This small child`s reply was "Oh Allah Almighty! You be my witness in front of all these people. You have just willed that a Kafir be brought down to a low level, and that a Muslim be brought to a high level!"

The crowd cheered and screamed "Takbir"...."Allah-hu-akbar!!!"

The man was humiliated, but he boldly asked his Second question... "What existed before your God?"

The small child thought and thought.

Then he asked the man to count backwards. "Count from 10 backwards."

The man counted..."10, 9 ,8 , 7 , 6, 5, 4, 3, 2, 1,0"

The boy asked, "What comes before 0 ?"

The man: "I don`t know...nothing."

The boy: "Exactly. Nothing was before Allah, for He is eternal and absolute."

The crowd cheered again...."Takbir!"...."Allah-hu-akbar!!!!"

The man, now completely frustrated, asked his final question. "In which direction is your Allah facing?"

The boy thought and thought.

He then asked for a candle. A candle was brought to him. The blessed child handed it to the man and asked him to light it.

The man did so and remarked, "What is this supposed to prove?"

The young boy asked, "In which direction is light from the candle going?"

The man responded, "It is going in all directions."

The boy: "You have answered your own question. Allah`s light (noor) goes in all directions. He is everywhere. There is no where that He cannot be found.

"The crowd cheered again...."Takbir!"...."Allah-hu-akbar!!!"

The man was so impressed and so moved by the boy`s knowledge and spirituality, that he embraced Islam and became a student of the young boy.

So ended the debate.

Who was the young boy?

The young boy was one of our leaders and one of the greatest scholars, Imam Abu Hanîfa (May Allah bless him).


Tuesday, March 20, 2012

lega :)

bismillahirrahmanirrahim.
assalamua'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.

alhamdulillah, semalam telah berakhir salah satu program yang antara paling best dalam hidup saya :)

iaitu........
logo ini telah direka khas oleh sahabat saya, dia amat kreatif kan?

 sisters' night!.

mula2 mendapat tahu program ini akan berlangsung, saya rasa amat seronok, sebab, semasa ketua program dan ukhuwwah exco dakwah bertanya kepada kami apa cadangan program yang kami ingin jalankan pada semester 2 , saya yang telah mencadangkan program ini.
maka apabila ditawarkan menjadi AJK, saya tidak langsung menolak walapun saya sudah berjanji pada diri akan mengurangkan sebarang aktiviti bukan akademik pada semester ini untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran saya.
saya ingatkan ditawarkan sebagai AJK biasa, rupa-rupanya, Alhamdulillah sahabat saya telah memberi saya jawatan sebagai setiausaha.
 mula-mula saya rasa cuak yang amat sebab, yelah, saya tidak pernah menjadi setiausaha sebelum ini! tapi bak kata sahabat saya, kita kalau nak bergerak kerja mesti menjadi seorang yang fleksibel!

maka, oleh itu, oh yes, i accept the challenge! nothing impossible rite :P

sisters' night berlangsung dengan seronoknya walaupun yelah terdapat beberapa masalah disaat-saat akhir sehingga membuat saya dan sahabat-sahabat lain berkejar-kejaran dari kk3 ke kk1 kemudian astaka dan masjid,huh! kepenatan.

sekarang saya berasa sedikit lega. walaupun pada hakikatnya, sebagai setiausaha , tugas saya belum lagi selesai, saya masih lagi perlu menyerahkan report program dan beberapa lagi surat menyurat yang dikehendaki oleh ahli jawatankuasa induk program dakwah kampus 2012(prodak '12).

poster promosi PRODUK'12 . sangat cantik ksn :)






 dah azan subuh, setakat ini sahaja dahulu,

wabillahi taufik wal hidayah,
assalamua'alaikum warahmatullahi wabarokatuh (^_^)





Monday, March 12, 2012

homesick.

bismillahirrahmanirrahim..
assalamu'alaikum. w.b.t.

i'm HOMESICK.

really sick.

miss my parents, sisters, brother and lil nephew soo much.

need them.


Tuesday, March 6, 2012

kuliah maghrib-tafsir as syams1

assalamua'laikum warahmatullahi wa barokatuh..

alhmdulillah, hari ini  ALLAH masih memberikan diriku nikmat iman dan islam.

saya  nak share sedikit pengisian  kuliah maghrib yang telah disampaikan oleh ustaz ghazali semalam.

ustaz ghazali mengupas mengenai surah Assyams ayat 1-10.



“Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, dan bulan apabila mengiringinya, dan siang apabila menampakkannya, dan malam apabila menutupinya, dan langit serta pembinaannya, dan bumi serta penghamparannya, dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.”

(Al Quran Surat Asy Syams: 1-10)

surah assyams adalah surah makiyah yang merangkumi 15 ayat,
dinamakan surah assyams(matahari) kerana pada ayat pertama surah ini ALLAH dengan matahari

dari ayat 1-7 drpd surah ini, ALLAH telah bersumpah dengan ciptaan alam ini yang hebat,
matahari, bulan,siang, malam, langit dan juga jiwa manusia

kenapa pada ayat pertama lagi ALLAH telah demi matahari?
- ini kerana matahari adalah makhluk ALLAH  yg sgt hebat , cahayanya menerangi sekelian alam.
-ALLAH boleh bersumpah dengan makhlukNYA, tp kita sebagai hamba DIA hanya boleh bersumpah atas nama ALLAH.

special highlight on ayat 7 this verse by ustaz is,

dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya)

-dan demi jiwa dan penyempurnaannya., ALLAH bersumpah demi jiwa manusia itu, kenapa bukan dengan manusia itu sendiri?
-ini kerana ALLAH tidak memandang tubuh badan atau rupa zahir seorang manusia kecuali pada jiwa(hati)nya,

kemudian pada ayat 8-10,

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
- ALLAH sentiasa memberi ilham, petunjuk tentang kebaikan kebaikan kepada kita, tapi at the end, pilihan terletak pada tangan kita. sebab itu ALLAH cakap, beruntung(telah berjaya) bagi orang yang terus menyucikan dirinya. dan sungguh rugi bagi orang yang mengikut jalan thaghut.

- oleh itu kita mestilah sentiasa menyucikan jiwa, muhasabah diri kita dan segera bertaubat jika kita melakukan dosa. tak kira kecil mahupun  besar.
-jangan fikir pandangan manusia pada kita, tapi fikirlah pandangan ALLAH pada kita.

kuliah ni insya ALLAH akan bersambung next week.

wallahu'alam,

 dari hamba yang lemah, che'que

last but not least,



Sunday, March 4, 2012

all He gave us..

Assalamu'alaikum, i like this. think i should share it.







True. ALLAH gave us the best 4 us (^^). Alhamdulillah.

Wednesday, February 1, 2012

biodata manusia yang paling dicintai=)

Nama:• Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab

Nama-nama lain :• Ahmad , Al-Mahi , Al-Hasyir , Al-A’qib , Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran :• Abu Qasim , Al-Amin.

Bangsa :• Arab Quraisy

Agama :• Islam
Tarikh Lahir :• Hari Isnin• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah (Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi :• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir :• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik :• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu :• Aminah binti Wahab bin AbduManaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan :• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ] ,Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh :• Aminah , Thuwaibah , Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri :• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah , A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah , Zainab bt. Jahsyi , Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian , Sufiah bt. Huyi , Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :• Qasim , Abdullah , Ibrahim , Fatimah , Zainab , Ummu Kalsum ,Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara :• Hamzah , Al-Abbas , Abu Talib , Abu Lahab , Az-Zubir , Abdul Ka’bah , Al-Muqawim, Dhirar , Qusam , Al-Mughirah , Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :• Sufiah , A’tikah , Barrah , Urwa , Umaimah , Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :• Hamzah , Al-A’bbas.• Sufiah , Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :• Mariah al-Qibtiah , Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki :• Aslam , Abu Rafi’ , Sauban , Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan , Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat :• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam :• Anas bin Malik , Abdullah bin Mas’ud , ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik , Bilal bin Rabah , Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :• Abu Bakar , Umar , Uthman , Ali , Zubir , Amir , Amru Al-‘As , Zaib bin Thabit , Muawiyyah , Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit :• Huzaifah b. Yaman.
Sifat Fizikal :• Badan tinggi sedang.• Rambut ikal mayang.• Muka bulat , putih kemerahan , mata hitam gelap.• Bulu dada nipis , keseluhan badan tidak berbulu.• Bulu mata panjang , suara kasar , gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang Rasul:• Siddiq [ benar ] , Amanah [ jujur] , Tabligh [ menyampaikan ] , Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:• Kazib [ dusta ] , Khianah [ pecah amanah] , Kitman [ menyembunyikan ] , Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus :• Makan , minum , tidur , berkahwin , sakit , demam.

Pendidikan :• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan :• Gembala Kambing.• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul• Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama :• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama :• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :• Menjadi Nabi.• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan :• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi :• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].• صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit :• Diusir oleh penduduk Ta’if.• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan :• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.Hijrah ke Madinah• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq , sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.• Hamba : Zaid bin Harithah.Sahabat-sahabat Kanan :• Abu bakar as-Siddiq.• Umar al-Khattab.• Uthman bin Affan.• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan :• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan :• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan :• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan :• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia :• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi :• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].

Anak Yang Paling Disayangi :• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi :• Hassan bin Ali.• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi :• Abu Bakar.

Nasihat Nabi :• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi :• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi :• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat :• Waktu pagi hari Isnin.• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8Jun 632M• Umur 63 tahun , 4 hari.

Sabda Rasulullah SAW:“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Wallahua'lam..

Saturday, January 28, 2012

sometime i feel i failed!

astaghfirullah..astaghfirullah,astaghfirullah..

masya ALLAH,masya ALLAH , masya ALLAH..

bismillahirrahmanirrahim..

assalamua'alaikum warahmatullahi wabarokatuh...
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
ya ALLAH , aku rasa aku telah gagal!
gagal menjadi seorang pelajar,
gagal menjadi anak,
gagal menjalankan amanah yang diberi,
gagal menjadi seorang daie,
dan....
gagal dalam menjadi hamba ALLAH

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


that's my feeling, and that's the truth.
people seem to only know the successful me,
the positive side of me.
not many saw my failing part.

if ALLAH wills it, to people around me to see how many sins i've comitted,
i would be in deep shame.

but ALLAH is soo good to me. he never show my failed part.
alhamdulillah...

someone,may say,
hey, you are so hipocrite! dont want to show your true nature to us!

let me be hipocrite.
let me hide the hideous part of me.

may ALLAH give me the strength to change for better,
to let the hideous part be the past, so that i wont repeat it again.



alhmdulillah, thank you ALLAH 4 all the mercy you have given to us.
_________________________________________________________________________

p/s: i wonder if any of my fb friends, who are not my relative know who i am about 12 years ago.




Friday, January 27, 2012

ikhlas itu..


 
Mereka kata,
Ikhlas itu,
Bila melakukan sesuatu
Tak mengharapkan apa-apa balasan.


Ikhlas itu,

Memberi serela jiwa.

Ikhlas itu,
Murni, bersih,
Ibarat air jernih,
Tiada bercampur apa-apa.

Ikhlas itu,
Bila berbuat apa-apa,
Hanya kerana Allah.

Sungguh.
Ini yang selalu aku pegang.
Kerana aku masih percaya,
Bila hati rela,
Bila kau memberi tanpa mengharapkan apa-apa,
Kalau kau berbuat sesuatu hanya kerana Dia,
Pasti semua akan jadi mudah. tenang.
Namun dalam benak sendiri,
Selalu tertanya-tanya.
'Ikhlas ke aku?'
'Ikhlas ke dia?'

Tapi mereka selalu kata,
'Saya ikhlas'
Mereka selalu persoalkan,
'Ikhlas ke? atau ' 'Macam tak ikhlas je'
Sepertinya pada mereka ada penimbang pengukur ikhlas.

Ikhlas itu susah sayang.
Kerana di sebalik menuju ikhlas itu ada syaitan memacu,
Dipesongkan kerana-kerana kita di awal-awalnya,
Dipesongkan kerana-kerana kita di tengah-tengahnya,
Dipesongkan kerana-kerana kita di hujungnya
Disolekkan dengan puji puji,
Ditampal kata mengata,
Dirasuh rasa bangga,
Tak tersedar ada penyakit bertandang di hati.

Ikhlas itu milik Allah,

Firman Allah,

'Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsia-Ku,
Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKu yang Aku
kasihi.' (Hadis Qudsi).

Menuju ikhlas itu bermula bila segala hanya kepadaNYA
Dengan tunduk, tawadhuk, malu, takut, risau, cemas, kasih, cinta.
Hanya kepadaNYA

“Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang
gambaran lahir kamu tapi dia melihat apa yang ada di
dalam hati kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semoga dituntun hati kita dengan CintaNya,
Terarah langkah kita selari dengan redhaNya

Hati-hati menjaga hati:)

kopi pasta from my school fb page:-
مــعـــهــد ألـﺩراسـاﺕ ألاســﻼمـــيــة (MAAHAD PENGAJIAN ISLAM)
 
 

About Me

a full time muslim,daughter,student...

Followers

Total Pageviews